Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk
memberikan pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan
pendidikan dan ibubapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhnya dan berupaya
menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “Sekolah Bebas Dadah Tahun
2012”
RASIONAL
Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan
sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi genting disebabkan
pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin
bertambah. Keadaan ini menyebakan murid
kita sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko tinggi untuk
terlibat. Menyedari hakikat ini
Kemneteria Pelajaran Malaysia mengambil tanggung jawab untuk melaksanakan
Program Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah secara sistematik dan berkesan
OBJEKTIF
a.
Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan
Dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat menggealakkan diri
daripada terjebak dadah
b.
Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di
kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani
c.Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif dan mengamalkan nilai-nilai murni
d. Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakata sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah gejala dadah
0 comments:
Post a Comment