Pada 3 Februari 1988, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
3/1988 Program Skim Lencana AntiDadah, Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah
Menengah (SLAD) disiarkan oleh Bahagian Sekolah KPM. Dengan ini, sekolah ini
telah memulakan Program SLAd pada tahun 1988 sehingga sekarang.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh SLAD
adalah lawatan sambil belajar ke Pusat Serenti, menghadiri ceramah, menyertai
pertandingan, aktiviti seranta, penyampaian maklumat dan menyediakan buku
skrap.
Program Cuma Lima Minit AntiDadah dimulakan pada tahun
1999 setelah pihak sekolah menerima surat Pekeliling Ikhtisas KP(BS/HEP)8543/06/(23)
. Pelaksanaan Program 5 Minit AntiDadah di sekolah.Program ini dijalankan pada
bulan Mac dan Julai setiap tahun. Guru-guru meluangkan sebanyak 5 minit untuk
menyatakan maklumat-maklumat dadah kepada murid berdasarkan modul yang
diedarkan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, pertandingan kuiz
AntiDadah akan diteruskan selepas modul diterangkan kepada murid-murid.
Pada tahun 2004, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2004
memperkasakan pendidikan pencegahan dadah telah disiarkan kepada sekolah-sekolah.
Dengan ini, guru kaunseling kedua telah dilantik sebagai guru PPDa.Maka
pelbagai program PPDa telah dilaksanakan untuk staf dan murid-murid di sekolah
ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Perkembangan Staf, Minggu
AntiDadah, Mesej Jauhi Dadah PPDa KBSM, Ceramah AntiDadah, Pameran AntiDadah,
Pertandingan Poster AntiDadah, Pertandingan Buku Skrap AntiDadah, Pertandingan
Esei AntiDadah, Kemahiran Personal dan Interpersonal, kaunseling PPDa, Kolokium
Kepimpinan PPDa, Seminar PPDa, Program Keibubapaan dan sebagainya.
Pada tahun 2007, semua sekolah telah diarahkan untuk
menubuhkan bilik/lorong/sudut PPDa di sekolah. Maka sudut PPDa di sekolah ini
telah ditubuhkan di perpustakaan.
0 comments:
Post a Comment