Bahan-bahan yang dimuat turun dari pelbagai sumber sebagai bahan rujukan tambahan untuk digunakan bersama
Teori Traits
Counceling Lab
Featured Posts
Monday, 10 December 2012
Thursday, 29 November 2012
Bagi yang sedang menyiapkan persembahan power point, mungkin sedang berpeluh memasukkan lagu latar belakang, membuat setting soalan dan entah apa lagi. Tak apa brother and sister. Benda tu kan korang biasa buat masa P & P. Try and error adalah istilah yang paling bagus. Buat sahaja. Cuba dan nanti akan dapat apa yang korang nak. Gift untuk korang........
Semester 2 akan berakhir
Salam Hormat dan Salam 1 Malaysia
Semester dua akan berakhir dengan asing-masing sedang kelam kabut dengan pelbagai assigment yang menjadi tanggung jawab setiap individu. Dari teori personaliti hinggalah ke kuliah IT. Blog cuba dikemaskini, PPT ditambah bahan agar kelihatan kemas dan teratur agar berfungsi dengan baik. Masa inilah sambungan internet merangkak macam kura-kura. Agaknya musim tengkujuh. Talian menjadi sejuk.Apapun bukan halangan untuk semua student guide yang bermati-matian untuk berada di zon selesa agar tidak mengulangi kelas.
Yang demam semakin demam. Yang semput bertambah semput. Alahai, apa cerita sahabat kita Wak jan Di Kuala Selangor. Atau Johari di Kuantan. Membebel lagi.... Siapkan persembahan power point. Agar menjadi power dan menarik. Aishah dah sihat dan akan ke kuliah minggu ini. Halida masih di kampung. Berniaga buah-buahan. Untunglah ada dusun.S
Jumpa minggu ini brother and sister UIA.
Semester dua akan berakhir dengan asing-masing sedang kelam kabut dengan pelbagai assigment yang menjadi tanggung jawab setiap individu. Dari teori personaliti hinggalah ke kuliah IT. Blog cuba dikemaskini, PPT ditambah bahan agar kelihatan kemas dan teratur agar berfungsi dengan baik. Masa inilah sambungan internet merangkak macam kura-kura. Agaknya musim tengkujuh. Talian menjadi sejuk.Apapun bukan halangan untuk semua student guide yang bermati-matian untuk berada di zon selesa agar tidak mengulangi kelas.
Yang demam semakin demam. Yang semput bertambah semput. Alahai, apa cerita sahabat kita Wak jan Di Kuala Selangor. Atau Johari di Kuantan. Membebel lagi.... Siapkan persembahan power point. Agar menjadi power dan menarik. Aishah dah sihat dan akan ke kuliah minggu ini. Halida masih di kampung. Berniaga buah-buahan. Untunglah ada dusun.S
Jumpa minggu ini brother and sister UIA.
Wednesday, 28 November 2012
Tuesday, 4 September 2012
KERATAN AKHBAR TENTANG DADAH
Penagih dadah dipercayai serang tiga anggota tentera
KUALA LUMPUR 2 April - Polis telah mendapat gambaran mengenai tiga lelaki yang menyerang tiga anggota Renjer Tentera Darat menggunakan parang dan kayu di Perhentian Bas Klang di sini, kelmarin.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Meor Chek Hussin Mahyuddin berkata, pihaknya percaya ketiga-tiga penyerang itu adalah penagih dadah dan sehingga kini belum ada tangkapan dilakukan.
``Kita masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti mereka berdasarkan gambaran yang diberikan oleh mangsa,'' jelasnya pada sidang akhbar selepas merasmikan Penutup Kursus Light Strike Force (LSF) siri 2/2001 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini.
Turut hadir di majlis itu Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Dell Akbar Khan dan pegawai-pegawai kanannya.
Menjelaskan lanjut perkembangan serangan itu, Meor Chek Hussin memberitahu, pihaknya percaya tiga lelaki yang menyerang anggota tentera itu adalah bermotif samun.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang kelmarin, seorang Prebet Eming Aloysuis, 20, cedera di tangan kiri akibat ditetak.
Dua lagi rakan Eming berjaya menyelamatkan diri.
Pada mulanya, kumpulan lelaki itu dikatakan menyerang tiga anggota tentera berkenaan setelah mendakwa mereka mencalarkan kereta mereka tetapi dinafikan oleh anggota tentera terbabit.
Dalam sidang akhbar yang sama, Meor Chek Hussin berkata, pihaknya bercadang untuk mengemukakan kertas kerja kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menubuhkan satu pasukan LSF khas di IPK, Kuala Lumpur.
Menurut beliau, buat masa ini IPK Kuala Lumpur mempunyai enam unit LSF, manakala, anggota unit tersebut turut terikat dengan tugas-tugas lain di cawangan masing-masing.
``Mereka yang dipilih menyertai LSF akan diberi latihan tambahan untuk menghadapi rusuhan, tunjuk perasaan dan sebagainya,'' jelasnya.
Terdahulu, Meor Chek Hussin juga menyampaikan hadiah kepada unit LSF Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi yang menunjukkan prestasi cemerlang semasa menjalani kursus selama dua minggu.
Peserta contoh kursus dimenangi oleh Koperal Rohana Seri.
Seramai 96 orang termasuk 23 anggota polis wanita dari seluruh ibu pejabat polis daerah di Kuala Lumpur menyertai latihan LSF.
Oleh: TEON EG
Utusan Malaysia 03 April 2001
Polis tumpas sindiket edar pil `WY'
PULAU PINANG 2 April - Satu sindiket pengedaran pil khayal jenis `WY' terbesar di negeri ini berjaya ditumpas dengan tertangkapnya empat orang pembekal termasuk seorang wanita di sekitar Seberang Perai dekat sini baru-baru ini.
Ketua Jabatan Narkotik Negeri, Supritendan Mohd. Yusop Untok berkata, dengan tangkapan itu, polis berjaya merampas sejumlah 10,230 biji pil jenis `WY' bernilai RM83,000.
Beliau berkata, kumpulan tersebut dipercayai bergerak aktif di kawasan Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan sejak dua tahun lalu.
Katanya, keempat-empat pembekal itu diberkas dalam serbuan berasingan oleh sepasukan Polis Cawangan Narkotik yang diketuai oleh Pegawai Turus Operasi Narkotik Negeri, Asisten Supritendan Mohd. Anil Shah.
``Kita berjaya menumpaskan kegiatan mereka hasil maklumat orang ramai dan juga operasi berterusan sejak kegiatan pengedaran pil khayal berleluasa tahun lalu,'' katanya di sini hari ini.
Katanya, pada 28 Mac lalu kira-kira pukul 3 pagi, pasukan polis telah menahan seorang lelaki berusia lingkungan 35 tahun di Kampung Berapit, Bukit Mertajam.
``Polis berjaya menemui sebanyak 186 biji pil khayal jenis `WY' dan hasil siasatan polis membuat serbuan di sebuah rumah di kawasan Perai empat jam kemudian.
``Dalam serbuan kira-kira pukul 7 pagi itu pula polis menahan teman wanitanya yang berusia lingkungan 20-an dan merampas 44 biji pil `WY' serta 6 karton ganja,'' tambah beliau.
Ekoran tangkapan tersebut, katanya, polis meneruskan intipan dan siasatan dan berjaya menahan seorang lelaki berusia 23 tahun kira-kira pukul 11 malam keesokan hari di Bukit Mertajam.
``Polis berjaya merampas 4,000 pil jenis `WY' dari lelaki itu yang dipercayai perancang utama yang diekori dari Alor Setar sehingga ke Bukit Mertajam,'' tambahnya.
Mohd. Yusop memberitahu, polis turut menyita harta benda berjumlah lebih kurang RM47,000 termasuk wang tunai kira-kira RM1,000 dan sebuah kereta Proton Wira.
Terdahulu, katanya, dalam serbuan yang dibuat di sebuah rumah di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, polis menahan seorang lelaki dan merampas 6,000 biji pil jenis `WY' bernilai RM49,000.
Oleh: NORZAHIZAN ISMAIL
Utusan Malaysia 20 April 2001
Polis lumpuhkan makmal proses heroin
Oleh: ANI AWANG
BUKIT MERTAJAM 19 April - Polis Daerah Seberang Perai Tengah berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah dan pil khayal di negeri ini, berikutan penemuan sebuah makmal memproses heroin di sebuah rumah teres setingkat di Taman Impian, Machang Bubok di sini, awal pagi ini.
Turut dirampas dalam serbuan itu ialah 17,800 biji pil WY, sejumlah heroin yang dianggarkan seberat 1,500 gram, kira-kira 200 gram serbuk heroin pelbagai warna, sembilan paket plastik kosong dan beberapa peralatan membuat logo pil WY.
Dalam serbuan itu, polis turut menahan seorang lelaki dan teman wanitanya, seorang rakyat Thai berumur 29 tahun di rumah tersebut.
Sepasukan pegawai polis dari Cawangan Narkotik Daerah diketuai oleh Inspektor Abdul Latiff Mehat bersama beberapa anggota polis Daerah Seberang Perai Selatan telah menyerbu rumah itu pada kira-kira pukul 3 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah SPT, Supritendan Noor Rashid Ibrahim berkata, kejayaan rampasan dadah pertama terbesar di sini adalah hasil maklumat orang awam.
``Berdasarkan siasatan awal, polis percaya rumah tersebut dijadikan makmal bagi memproses heroin untuk dijadikan pil WY sejak awal tahun ini,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Polis di sini hari ini.
Noor Rashid berkata, lelaki dan wanita itu ditahan reman dua minggu untuk siasatan selanjutnya.
Pada awal Mac lalu, polis daerah itu berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah terbesar apabila merampas 36 ketul ganja mampat seberat 36 kilogram bernilai RM54,000 berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan di sebuah rumah di Jalan Sama Gagah, Permatang Pauh di sini.
Dalam serbuan itu, dua lelaki berumur 28 dan 31 tahun yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah itu ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ditanya mengenai kemungkinan lelaki dan wanita yang ditahan itu terbabit dengan kes pengedaran ganja dan senjata yang di tumpaskan di Nibong Tebal pada 11 Januari lepas, Noor Rashid berkata, mereka tidak terbabit dengan sindiket tersebut.
``Mereka disyaki terlibat dalam kegiatan memproses heroin untuk dijadikan pil WY, yang dirampas dalam serbuan itu,'' katanya.
Utusan Malaysia 30 April 2001
Operasi mengejut di disko -- Polis dapati 205 pengunjung positif menagih pil khayal ecstasy
KUALA LUMPUR 29 April _ Operasi yang dilancarkan oleh polis di sebuah disko di Sri Damansara di sini, awal pagi ini, membawa hasil mengejutkan apabila 205 orang pengunjungnya didapati positif menagih pil khayal ecstasy.
Dipercayai inilah jumlah terbesar mereka yang disahkan menggunakan pil tersebut dalam satu operasi polis setakat ini - melibatkan hanya sebuah pusat hiburan.
Dalam operasi mencegah ecstasy yang bermula pukul 3.30 pagi hingga pukul 10 pagi ini, kira-kira 900 orang telah diperiksa dan daripada jumlah itu 652 orang telah dibawa ke Balai Polis Damansara untuk ujian air kencing.
Jurucakap polis dari bahagian narkotik daerah Petaling Jaya memberitahu, setakat pemeriksaan dari pukul 8 pagi hingga 11 malam ini, terdapat 205 orang didapati positif menagih pil tersebut.
Beliau menjangkakan jumlah mereka yang positif menagih pil itu dijangka bertambah kerana lebih 100 orang lagi pengunjung disko itu masih belum menjalani ujian air kencing.
``Hasil pemeriksaan setakat ini mendapati 205 orang adalah positif mengambil Methylene dioxy methaphetamine (MDP) iaitu terdiri daripada 128 wanita dan 77 lelaki.
``Kita akan mengetahui keputusan ujian air kencing itu lewat malam ini apabila ujian air kencing dibuat ke atas lebih 100 orang lagi,'' katanya ketika ditemui di sini, lewat petang ini.
Operasi mencegah ecstasy di disko itu pagi ini melibatkan 50 pegawai dan anggota polis dari bahagian narkotik daerah Petaling Jaya.
Operasi yang diketuai sendiri oleh Ketua Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Deputi Supritendan Mohd. Shahrizan Che Mat Din, adalah ekoran aduan orang ramai mengenai kegiatan pengambilan ecstasy secara berleluasa oleh pengunjung disko berkenaan.
Menurut jurucakap polis itu lagi, ketika serbuan dilakukan pasukan tersebut mendapati kira-kira 30 biji pil dipercayai ecstasy berselerak di lantai disko itu.
Beliau berkata, daripada 652 orang yang ditahan itu, seramai 15 adalah wanita Thailand dan kira-kira 30 orang lagi wanita Indonesia yang memasuki negara ini secara sah tetapi dipercayai bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO). Rata-rata mereka yang ditahan berusia antara 18 tahun dan awal 40-an.
``Polis turut menahan seorang wanita bersama seorang anak perempuannya yang masih belajar dan bawah umur. Hasil pemeriksaan didapati kedua-duanya positif ecstasy,'' katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, semua mereka yang positif ecstasy itu telah dibebaskan dengan ikat jamin.
``Tetapi kes mereka akan dirujuk kepada Pendakwa Raya Shah Alam jika ujian air kencing kali kedua di hospital nanti menunjukkan hasil positif,'' jelasnya.
Mereka yang positif, katanya, boleh didakwa di bawah Seksyen 15 (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Tambahnya, polis akan terus menggerakkan operasi mencegah ecstasy secara berterusan dari semasa ke semasa.
Sementara itu, orang ramai kebanyakannya ibu bapa memenuhi sekitar Balai Polis Damansara sejak pagi hingga malam ini bagi menjamin anggota keluarga mereka dan rakan yang ditahan.
Keadaan itu menyebabkan suasana hingar bingar dan sebahagian mereka seakan `berkampung' termasuk makan dan minum di situ sementara menanti perkembangan pemeriksaan ke atas anak-anak mereka yang ditahan.
``Kita mendapat kerjasama yang baik daripada orang ramai,'' kata jurucakap polis itu lagi.
Gerakan memerangi penagihan pil ecstasy semakin mendapat perhatian pihak berkuasa ekoran kempen besar-besaran yang dilancarkan oleh parti MCA pada tahun lalu untuk menyelamatkan muda-mudi keturunan Cina yang banyak terbabit dalam gejala penagihan pil khayal itu.
Berdasarkan laporan polis, penglibatan remaja Melayu dalam gejala itu kebelakangan semakin membimbangkan terutama di bandar-bandar besar.
Monday, 3 September 2012
SEJARAH PPDA
Pada 3 Februari 1988, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
3/1988 Program Skim Lencana AntiDadah, Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah
Menengah (SLAD) disiarkan oleh Bahagian Sekolah KPM. Dengan ini, sekolah ini
telah memulakan Program SLAd pada tahun 1988 sehingga sekarang.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh SLAD
adalah lawatan sambil belajar ke Pusat Serenti, menghadiri ceramah, menyertai
pertandingan, aktiviti seranta, penyampaian maklumat dan menyediakan buku
skrap.
Program Cuma Lima Minit AntiDadah dimulakan pada tahun
1999 setelah pihak sekolah menerima surat Pekeliling Ikhtisas KP(BS/HEP)8543/06/(23)
. Pelaksanaan Program 5 Minit AntiDadah di sekolah.Program ini dijalankan pada
bulan Mac dan Julai setiap tahun. Guru-guru meluangkan sebanyak 5 minit untuk
menyatakan maklumat-maklumat dadah kepada murid berdasarkan modul yang
diedarkan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, pertandingan kuiz
AntiDadah akan diteruskan selepas modul diterangkan kepada murid-murid.
Pada tahun 2004, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2004
memperkasakan pendidikan pencegahan dadah telah disiarkan kepada sekolah-sekolah.
Dengan ini, guru kaunseling kedua telah dilantik sebagai guru PPDa.Maka
pelbagai program PPDa telah dilaksanakan untuk staf dan murid-murid di sekolah
ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Perkembangan Staf, Minggu
AntiDadah, Mesej Jauhi Dadah PPDa KBSM, Ceramah AntiDadah, Pameran AntiDadah,
Pertandingan Poster AntiDadah, Pertandingan Buku Skrap AntiDadah, Pertandingan
Esei AntiDadah, Kemahiran Personal dan Interpersonal, kaunseling PPDa, Kolokium
Kepimpinan PPDa, Seminar PPDa, Program Keibubapaan dan sebagainya.
Pada tahun 2007, semua sekolah telah diarahkan untuk
menubuhkan bilik/lorong/sudut PPDa di sekolah. Maka sudut PPDa di sekolah ini
telah ditubuhkan di perpustakaan.
Labels:
Sejarah
PPDA SUATU PENGENALAN
Program Pendidikan Pencegahan Dadah adalah satu program Kementerian Pelajaran dalam usaha mendedahkan pelajar tentang pendidikan pencegahan dadah. Gejala dadah yang semakin berleluasa menjadikan pihak kementerian menjadikan projek ini sebagai salah satu cara untuk mendedahkan pelajar tentang bahaya gejala dadah.
Selain masalah penagihan dan penyalahgunaan dadah, masalah "keldai dadah" yang semakin menjadi-jadi, pengaruh negatif juga telah menular hingga membabitkan pelbagai gejala sosial lain. Antara yang ketara jika kita meneliti laporan pihak PDRM yang melaporkan tentang jenayah indeks yang semakin meningkat di seluruh negara.
Laman ini cuba berkongsi bahan-bahan yang boleh digunakan untuk untuk sesi-sesi PPDA sama ada di sekolah mahupun dalam kursus-kursus khas. Admin laman merakamkan penghargaan kepada pemilik asal beberpa bahan yang menjadi media perkongsian dalam blog ini.
Selain masalah penagihan dan penyalahgunaan dadah, masalah "keldai dadah" yang semakin menjadi-jadi, pengaruh negatif juga telah menular hingga membabitkan pelbagai gejala sosial lain. Antara yang ketara jika kita meneliti laporan pihak PDRM yang melaporkan tentang jenayah indeks yang semakin meningkat di seluruh negara.
Laman ini cuba berkongsi bahan-bahan yang boleh digunakan untuk untuk sesi-sesi PPDA sama ada di sekolah mahupun dalam kursus-kursus khas. Admin laman merakamkan penghargaan kepada pemilik asal beberpa bahan yang menjadi media perkongsian dalam blog ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)